Pandemik koronavirus 2019-2020 di kapal pelayaran ialah sejumlah peristiwa yang berlaku sepanjang pandemik koronavirus 2019–20. Bagi beberapa kapal pelayaran yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh pandemik, terdapat penumpang dan kru yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik. Meskipun demikian tidak semua kapal ditemui adanya penyebaran penyakit yang substansial. Hanya pada kapal pesiaran yang berdaftar di England, Diamond Princess diketahui wujudnya penyebaran virus diantara penumpang dan amak kapal. Kapal pesiaran yang membawa 3.700 orang penumpang dan anak kapal menjalani kuarantin di Pelabuhan Yokohama, Jepun selama hampir sebulan sejak awal Februari 2020. Dari 700 orang yang dijangkiti, tujuh diantaranya telah meninggal dunia.
Pada 11 Mac 2020, Viking Cruises yang beroperasi di Basel, Switzerland telah menangguhkan dan membatalkan semua kapal pesiaran laut dan sungai yang dikendalikan oleh mereka hingga akhir April dan menempatkan sekurang-kurang 28 orang dalam kuarantin, berikutan terdapat seorang penumpang di kapal pesiaran di Kemboja telah dijangkiti virus semasa dalam perjalanan melalui pesawat.[1][2] Berikutnya akibat serangan virus pula, pada 12 Mac, Princess Cruises, syarikat yang mengendalikan kapal pesiarqn Princess Diamond dan Grand Princess menghentikan operasi semua kapal pesiaran mereka selama 60 hari.[3][4] Pada 13 Mac kerajaan Kanada melalui Kementerian Pengangkutan Persekutuan Kanada mengumumkan bahawa kapal-kapal yang membawa lebih dari 500 orang tidak dibenarkan berlabuh di Kanada hingga 1 Julai 2020.[5]
Kapal | Penumpang | Kru | Jumlah | Jumlah berlabuh | Lokasi kapal dibenarkan untuk berlabuh | Pemilik/pengendali |
---|---|---|---|---|---|---|
Diamond Princess | 2,666[6] | 1,045[6] | 3,711[7] | 4 Februari 2020[6] | Pelabuhan Yokohama, Yokohama, Jepun[6] | Princess Cruises (anak syarikat Carnival Corporation)[6] |
World Dream | 1,871[8] | 1,820[8] | 3,691 | 5 Februari 2020[8] | Terminal Kapal Pesiaran Kai Tak, Hong Kong, China[8] | Dream Cruises (sebahagian dari Genting Hong Kong)[9] |
MS Westerdam | 781[10] | 747[10] | 1,528 | 13 Februari 2020[10] | Sihanoukville, Kamboja[10] | Holland America (anak syarikat Carnival Corporation)[10] |
Kapal pesiaran Sungai Nil (MS River Anuket atau MS A'sara) |
101[11] | 70[11] | 171[11] | 7 Mac 2020[11] | Luxor, Mesir[11] | Gate 1 Travel[12] |
Grand Princess | 2,422[13] | 1,111[13] | 3,533[13] | 9 Mac 2020[13] | Pelabuhan Oakland, Oakland, California[13] | Princess Cruises (anak syarikat Carnival Corporation)[13] |
Silver Shadow | 318[14] | 291[14] | 609 | 12 Mac 2020 | Pelabuhan Recife, Recife, Brasil[14] | Silversea Cruises (sebahagian dari Royal Caribbean)[15][16] |
Silver Explorer | 111[17] | 120[17] | 231 | 14 Mac 2020[17] | Pelabuhan kapal pesiaran Castro (Pulau Chiloé), Chile[17] | Silversea Cruises (sebahagian dari Royal Caribbean)[15][18] |
MS Braemar | 682[19] | 38[19] | 1,063 | 17 Mac 2020[17] | Pelabuhan Mariel, Mariel, Cuba[20] | Fred. Olsen Cruise Lines[21] |
MS Costa Luminosa[22] | 1,370[23] | 410[24] | 1,780 | Carnival Cruise Line (anak syarikat Carnival Corporation)[23] | ||
Costa Magica[22] | 2,309[25] | 960[25] | 3,269 | Costa Cruises (anak syarikat Carnival Corporation)[26] |